Muqadimah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog kami yang dihormati. Semoga maklumat yang ada diblog ini dapat menjana ilmu dan memberi manfaat kepada semua. Segala komen dan cadangan amat dihargai bagi menaiktarafkan blog ini ke tahap maksima. Kerjasama anda amat dihargai.
Assalamualaikum and greetings to our dearest visitors. We hope you can gain a lot of knowledge and benefits from this humble blog. Every comment and proposal is valuable to us to take this blog to its maximum level. Your cooperation is greatly appreciated.
Blogger Tricks

Kalender

Blog Archive

Copyright @ 2012 Pusat Sumber SMKTPM. Powered by Blogger.
Sunday, September 9, 2012

PENGENALAN


        NILAM adalah singkatan kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Ia merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah.

MATLAMAT

MENJADIKAN AMALAN MEMBACA SEBAGAI BUDAYA HIDUP

OBJEKTIF


  • Meningkatkan minat membaca yang berterusan.
  • Memperbanyakkan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan murid.
  • Mengenalpasti dan melahirkan tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
  • Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah.
  • Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.

ELEMEN UTAMA


Rekod Membaca 
Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.

Pengesahan Pembacaan
Guru mengesahkan buku rekod Buku Rekod Membaca NILAM.

Pengiktirafan
Pemgiktirafaan berdasarkan bilangan buku yanag dbaca.


TAHAP PEMBACAAN

TAHAP JAUHARI 

Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti galakan membaca tahap Jauhari . 

JUMLAH BACAAN
PENGIKTIRAFAN
72-143
GANGSA
144-215
PERAK
216-287
EMAS
288>
NILAM

TAHAP RAKAN PEMBACA

Setelah membaca 100 buah buku , pelajar layak memasuki tahap Rakan Pembaca .
  • Pelajar mendapat bimbingan daripada guru(fasilitator) .
  • Aktiviti yang dijalankan ialah :

  1. Bercerita 
  2. Ulasan buku
  3. Bicara buku
  4. Baca sama 
  5. Pinjaman buku

MARKAH RAKAN PEMBACA
PENGIKTIRAFAN
(SEKOLAH RENDAH & MENENGAH)
JUMLAH MARKAH
PENGIKTIRAFAN
100-199
GANSGA
200-299
PERAK
300-399
EMAS
400>
NILAM

PENGIKTIRAFAN

Tahunan

  • Slip peperiksaan
  • Pemberian sijil pengiktirafan

Keseluruhan

  • Selepas Tahun 6 di sekolah Rendah dan selepas Tingkatan 5 di Sekolah Menengah .
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Surat akuan Pelajar
  • Murid yang berjaya menamatkan program NILAM berkeistimewaan untuk pemilihan ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Kelas Ekspress, penajaan biasiswa dan Institusi pengajian Tinggi.

CADANGAN AKTIVITI

  • Bercerita
  • Membaca bersama
  • Ulasan buku
  • Meminjamkan buku
  • Bicara buku / Diskusi buku           
  • Syarahan
  • Forum
  • Lakonan / Sketsa

MASA PERLAKSANAAN

Masa yang disarankan untuk program NILAM:
  • Dimasukkan dalam jadual waktu iaitu satu waktu dalam pengajaran bahasa.
  • Masa Khas-10 minit sebelum waktu persekolahan bermula dan waktu rehat.
  • Waktu untuk aktiviti perpustakaan.
  • Menggunakan waktu senggang untuk membaca.

SUMBER BACAAN

  • Pusat Sumber Sekolah
  • Perpusakaan Awam
  • Perpustakaan Keluarga
  • Sudut Bacaan di Masjid
  • Perpustakaan KEMAS
  • Beli Sendiri
  • Pinjam kawan

LAGU NILAM

LIRIK LAGU NILAM 

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari
 

0 comments: