Muqadimah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog kami yang dihormati. Semoga maklumat yang ada diblog ini dapat menjana ilmu dan memberi manfaat kepada semua. Segala komen dan cadangan amat dihargai bagi menaiktarafkan blog ini ke tahap maksima. Kerjasama anda amat dihargai.
Assalamualaikum and greetings to our dearest visitors. We hope you can gain a lot of knowledge and benefits from this humble blog. Every comment and proposal is valuable to us to take this blog to its maximum level. Your cooperation is greatly appreciated.
Blogger Tricks

Kalender

Blog Archive

Copyright @ 2012 Pusat Sumber SMKTPM. Powered by Blogger.
Sunday, September 9, 2012

PENGENALAN | Inroduction


DEAR adalah singkatan kepada Drop Everything And Read (Jatuhkan Semua Dan Baca). Ia merupakan program yang diperkenalkan oleh Pengetua SMK Tinggi Perempuan Melaka sendiri iaitu Puan Seri Hajah Norliah Bte Adam. Program ini berkuatkuasa pada awal tahun 2012. Program baru ini dilancarkan untuk menggalakkan warga SMKTPM mengisi masa lapang dengan membaca. Program ini berjalan sepanjang tahun pada setiap pagi sebelum waktu pertama bermula kecuali hari Jumaat di tapak perhimpunan sekolah (Dataran Ilmu). Pengawas PSS yang bertugas akan membawa bakul pukal yang penuh dengan bahan bacaan dari pusat sumber ke Dataran Ilmu untuk memudahkan pelajar mendapat bahan bacaan bagi memenuhi tujuan Program DEAR. Pada akhir bulan Oktober 2012, Puan Seri Hajah Norliah telah menyatakan ura-ura mengenai aktiviti baru dalam Program Dear iaitu seorang pelajar akan naik ke atas podium setiap hari melalui cabutan nama dari balang gelas untuk membaca ulasan buku yang telah beliau baca. Aktiviti dijangkakan akan berkuatkuasa pada sesi persekolahan tahun 2013.

DEAR is an abbreviation for Drop Everything And Read. This programme was introduced by our very own principal of Malacca Girls' High School, Puan Seri Hajah Norliah Bte Adam. This programme was enforced in early of 2012. The main purpose of this new programme is to encourage MGHS community to fill their free period with reading. It runs through out the year on every morning before the first period except for Fridays at Dataran Ilmu. Librarians on duty must bring reading materials from the library to the Dataran Ilmu so the students can get easy access to the reading materials available and fulfill the purpose of DEAR Programme. In late October 2012, our principal once again generated a new idea for the DEAR Programme's new activity which is to get a student on podium to read a summary of a book by lucky draw. The new activity will be enforce on school session 2013.

MATLAMAT | Goal

Menjadikan warga SMK Tinggi Perempuan Melaka sebagai warga pembaca tegar.
To make the community of Malacca Girls' High School as the community of hardcore readers.

OBJEKTIF | Objectives


  • Meningkatkan minat membaca yang berterusan.Continuous increase reading interest
  • Memperbanyakkan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan murid.Providing more reading materials appropriate to the level of student progress
  • Mengenalpasti dan melahirkan tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan.Identify and produce student-figures that read a lot, presentable and have leadership qualities.
  • Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti.Featuring students who practice the characteristics of a high level reader
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah.Creating a conducive environment and appropriate reading corner for reading in the school.
  • Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.Make reading a part of lifestyle.

0 comments: