Labels
- Aktiviti PSS (6)
- Biro Nilam (2)
- English Corner (3)
- Fiksyen (1)
- Jawatankuasa Kerja (1)
- Jawatankuasa PSS (1)
- Kakitangan PSS (1)
- Karya Pelajar (4)
- Kredit (1)
- Pengumuman (6)
- Peraturan (7)
- Sistem Pengurusan (3)
- Sudut Bahasa Melayu (1)
Kalender

Blog Archive
Pautan PSS
Pautan MGHS
Akhbar Online
Copyright @ 2012 Pusat Sumber SMKTPM. Powered by Blogger.
Majalah Online
Bookstore Online
Tuesday, October 30, 2012
PEMENANG TEMPAT PERTAMA
NAMA : Nur Fatihah Binti KhalidTINGKATAN : 1 RK 1
TAJUK : Helen Keller
SUMBER : Bacaan Di Rumah
SINOPSIS
Pada tahun 1880 , seorang bayi perempuan dilahirkan dan dinamakan Helen . Ibu bapanya sangat gembira dengan kelahirannya . Namun ketika Helen berumur dua tahun , dia menghidap demam panas dan menyebabkannya buta dan peka . Akibatnya , Helen tidak dapat belajar . Helen mudah marah kerana tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain . Ibu bapa Helen sangat risau dengan keadaannya . Ketika Helen berusia tiga tahun , ibu bapanya membayar seorang guru , Cik Macy untuk mengajar Helen di rumah . Cik Macy juga buta semasa kecil . Oleh itu , dia memahami perasaan Helen dan mengambil keputusan mengajar Helen membaca dan menulis . Pada mulanya , Helen bersikap kasar terhadap Cik Macy . Dia tidak mahu mengikut nasihat Cik Macy . Cik Macy seorang yang baik hati dan bertimbang rasa , dia mendidik Helen dengan sabar . Lama-kelamaan Helen mula menyukai Cik Macy . Dalam masa yang sama , Helen sudah boleh menulis perkataan dan membaca Braille , tulisan untuk orang buta . Secara beransur-ansur , Helen dapat berkomunikasi dengan orang lain . Dia menjadi seorang yang lembut dan sopan . Cik Macy ingin mendengar Helen bercakap . Dia meletakkan jari Helen pada bibirnya untuk mengajar Helen cara sesuatu perkataan disebut . Kemudian dia menyuruh Helen cuba menyebutnya . Pada mulanya , agak sukar untuk dilakukan . Akhirnya , Helen menyebut "mum" (ibu) . Ibu Helen sangat gembira sehingga tidak dapat menahan air matanya . Helen berjaya menamatkan persekolahannya dan memasuki universiti . Selepas beberapa tahun , Helen memperoleh ijazahnya . Dia ingin menjadi seorang yang baik hati dan sabar seperti gurunya , Cik Macy.
Labels:
Karya Pelajar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment