Labels
- Aktiviti PSS (6)
- Biro Nilam (2)
- English Corner (3)
- Fiksyen (1)
- Jawatankuasa Kerja (1)
- Jawatankuasa PSS (1)
- Kakitangan PSS (1)
- Karya Pelajar (4)
- Kredit (1)
- Pengumuman (6)
- Peraturan (7)
- Sistem Pengurusan (3)
- Sudut Bahasa Melayu (1)
Kalender

Blog Archive
Pautan PSS
Pautan MGHS
Akhbar Online
Copyright @ 2012 Pusat Sumber SMKTPM. Powered by Blogger.
Majalah Online
Bookstore Online
Tuesday, June 26, 2012
Program menanam dan melabel nama pokok-pokok di Taman Sumber Pusat
Sumber Sekolah (PSS) SMKTPM merupakan salah satu projek khas Panitia Sivik
& Kewarganegaraan & Pusat Sumber Sekolah untuk tujuan pembelajaran dan
khidmat masyarakat bagi mata pelajaran Sivik.

Justeru sebagai warga sekolah, pelajar hendaklah sentiasa berusaha
menjaga dan meningkatkan imej sekolah dengan melibatkan diri dengan tugas yang
dipertanggungjawabkan bagi menjayakan program sekolah.
Program ini dijalankan pada 26 Jun 2012 (Selasa) melibatkan 36 orang pelajar Tingkatan 1 Rancangan Khas 1 dan pengawas PSS bertujuan meningkatkan sifat bertanggungjawab pelajar terhadap sekolah, menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar, merealisasikan konsep "Sekolah Berinformasi", meningkatkan semangat kerja berpasukan dan menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh kedamaian.
Guru-guru yang terlibat ialah:
1) Pn. Farrah Waheda Bt Hassan (Guru Perpustakan & Media)
2) Pn. Siti Aisah Bt Mohd Yusoff (Ketua Panitia Sivik)
3) Cik Chuah Poh Huay (Penasihat Kelab Alam Sekitar)
4) Pn. Kang Hwa Lih (Guru Khidmat PSS)
5) Cik Margaret Leong (Guru Khidmat PSS)
6) Pn. Saripah Bt Sakibe (Guru NILAM)
7) Pn. Nuradila Bt Shaari (Guru NILAM)
8) Pn. Norazlinda Bt Mohd halim (Guru Bilik Tayang & BBM)
9) Pn. Aslina Bt Mohamed Tan (Guru Penyelaras Bestari/ Pusat Akses)

Melalui projek Khidmat Masyarakat ini diharapkan pelajar dapat
mempraktikkan amalan dan nilai Sivik dan Kewarganegaraan iaitu cintakan
sekolah. Penanaman pokok di Taman Sumber PSS ini diharapkan dapat mewujudkan
suasana sekolah yang bersih, ceria dan iklim pempelajaran yang kondusif untuk
memastikan kecemerlangan pelajar dalam akademik dan pembinaan akhlak.
Labels:
Aktiviti PSS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment