Muqadimah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog kami yang dihormati. Semoga maklumat yang ada diblog ini dapat menjana ilmu dan memberi manfaat kepada semua. Segala komen dan cadangan amat dihargai bagi menaiktarafkan blog ini ke tahap maksima. Kerjasama anda amat dihargai.
Assalamualaikum and greetings to our dearest visitors. We hope you can gain a lot of knowledge and benefits from this humble blog. Every comment and proposal is valuable to us to take this blog to its maximum level. Your cooperation is greatly appreciated.
Blogger Tricks

Kalender

Blog Archive

Copyright @ 2012 Pusat Sumber SMKTPM. Powered by Blogger.
Monday, September 23, 2013
Assalamualaikum . kami sudah menukar penulis bagi blog ini. nama admin baru ini adalah :
Sharifah Qistina Alkadri
Aina Nabilla bt Abd. Razak
Nur Zafirah bt. Hamdan
Nurul Wahidah bt Hirman 
Semoga apa yang kami paparkan memberi manfaat kepada anda semua.






Read More...
Sunday, September 1, 2013
BIRO BULETIN ialah salah satu daripada empat biro utama dalam jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah(PSS). 
 
 
Biro ini diwujudkan bagi memenuhi matlamat dan objektif Biro Buletin dalam menyediakan maklumat - maklumat terkini mengenai aktiviti sekolah dan bahan-bahan menarik untuk menambahkan pengetahuan am warga Sekolah Tinggi Perempuan Melaka (STPM) atau Malacca Girls' High School (MGHS) seterusnya menjadikan warga sekolah sebagai warga yang peka terhadap isu semasa.





MATLAMAT


Menyediakan maklumat dan bahan bacaan am untuk rujukan pengguna.

OBJEKTIK

  • Memenuhkan papan dan meja PSS dengan maklumat.
  • Sentiasa mengemaskini maklumat baru di papan dan meja PSS.
  • Sentiasa update post di blog PSS   
Read More...

      Biro katalog ialah satu dari empat biro utama dalam jawatankuasa pusat sumber sekolah (PSS).Biro ini diwujudkan bagi memenuhi matlamat  dana objektif Biro Katalog dalam mengemaskini buku-buku atau stok PSS bagi memudahkan pengurusan peminjaman dan pemulangan dengan warga Sekolah Tinggi Perempuan Melaka (STPM) atau Malacca Girls' High School (MGHS) ,seterusnya mengalakkan warga sekolah untuk datang berkunjung ke PSS

MATLAMAT




Melancarkan pengurusan memproses buku dan mempromosi stok Pusat Sumber Sekolah

OBJEKTIF

  • Mengemaskini sistem pemprosesan buku dan pengkatalogan buku
  • Menigkatkan aktiviti mempromosi stok Pusat Sumber Sekolah
  • Memudahkan proses peminjaman dan pemulangan buku
Read More...
BIRO INVENTORI ialah salah satu daripada empat biro utama dalam jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah (PSS). Biro ini diwujudkan bagi memenuhi matlamat dan objektif Biro Inventori dalam memastikan semua fasiliti milik PSS berada dalam keadaan sempurna dan mencukupi bagi keselesaan pengguna PSS dan seterusnya menggalakkan warga Sekolah Tinggi Perempuan Melaka(STPM) atau Malacca Girls' High School(MGHS) menggunakan perkhidmatan PSS.


Antara fasiliti milik PSS ialah perpustakaan, bilik tayang, bilik BBM, pusat akses, cyber cafe(CC) dan medan diskusi. PSS juga menyediakan perkhidmatan seperti: 
  •  'printing'
  • 'binding'
  • 'laminating'
  • peminjaman peralatan PSS












MATLAMAT


Memastikan fasiliti PSS dalam keadaan elok dan mencukupi untuk kegunaan pengguna PSS

OBJEKTIF

  • Mengira dan merekod segala inventori dan fasiliti PSS
  • Memeriksa dan mencata segala kerosakkan inventori
  • Menyediakan peraturan kegunaan inventori dan fasiliti PSS   


Read More...

          Biro Nilam ialah salah satu  dari empat biro utama dalam jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah (PSS) . Biro ini diwujudkan bagi memenuhi matlamat dan objektif Biro Nilam dalam memupuk budaya membaca dalam kalangan warga Sekolah Tinggi Perempuan Melaka (STPM) atau Malacca Girls' High School (MGHS) seterusnya mewujudkan warga yang berilmu dan berpengetahuan luas.

MATLAMAT


Mewujudkan budaya membaca dalam kalangan warga SMKTPM

OBJEKTIF


  • Mempergiatkan aktiviti program NILAM 
  • Meningkatkan aktiviti DEAR Programme
  • Mengadakan aktiviti baru seperti membaca rumusan buku di tapak perhimpunan

 

Read More...

PENGERUSI
Puan Sri Hajah Norliah Bte Adam
PENYELARAS
1.      Puan Noor Laila Bte Hamzah
2.      Puan Robiah Bte Ismail
3.      Puan Hajah Rubaiya Bte Abu Nawas
4.      Puan Hajah Alimah Bte Mohd Zain
PEMBANTU PENYELARAS
Puan Salminah Bte Suradi
SETIAUSAHA
Puan Farrah Waheda Bte Hassan
PENOLONG SETIAUSAHA
Cik Rohayu Bte Mohd Shah
AHLI JAWATANKUASA
1.      Semua Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)
2.      Semua Ketua Panitia
PENYELARAS PROGRAM NILAM
1.      Puan Noraini Bte Mad Dawam
2.      Puan Saripah Bte Sakibe
3.      Puan Daphne Rosaline
PENYELARAS PERPUSTAKAAN
Puan Kang Hwa Lih
PENOLONG PENYELARAS PERPUSTAKAAN
Cik Margerat Leong Mui Lan
PENYELARAS BAHAN BANTU BELAJAR/ICT
Puan Norazlinda Bte Mohd Halim
PENYELASAS APD / TV / RP / SIARAYA / ASTRO / PUSAT AKSES
Puan Aslina Bte Mohamed Tan
PEMBANTU PSS
Puan Sawiyah Bte Abd Ghani.
Read More...
Thursday, August 29, 2013

Tugas dan Tanggungjawab

  • Menjaga harta benda
  • Menjaga perpustakaan supaya dalam keadaan senyap 
  • Pengawas perpustakaan mesti bekerjasama antara satu sama lain sama ada dengan ahli jawatankuasa atau guru penasihat perpustakaan 
  • Jika terdapat sebarabg masalah,pengawas perpustakaan diminta merujuk masalah tersebut kepada ahli jawatankuasa

SIFAT PENGAWAS PSS

 

  • Sifat amanah, bertanggungjawab, jujur, menepati masa dan hormat-menghormati.
  • Selalu berdisplin dan menunjukkan teladan yang baik.
  • Semasa menjalankan tugas, mestilah peramah, tegas dan rajin.
  • Sikap inisiatif amat diperlukan dalam kalangan pengawas PSS, senior mahupun junior.
  • Pengawas PSS dikehendaki mengenali semua pengawas PSS yang lain dan ahli jawatankuasa.
  • Pengawas PSS diminta bekerjasama dan menurut segala arahan yang diberi. Sesiapa yang ingkar, tindakan displin akan diambil. 

KUASA PENGAWAS PSS

 


  • Pengawas perpustakaan mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap setiap pelajar yang menggunakan perpustakaan.
  • Pengawas perpustakaan boleh menghalau murid-murid yang membuat bising di dalam perpustakaan walaupun dia seorang pengawas sekolah.
  • Pengawas perpustakaan boleh melaporkan si pesalah yang degil kepada AJK Disiplin untuk tindakan selanjutnya.
  • Sistem tolak markah akan dilaksanakan oleh AJK.Keputusan yang diambil adalah muktamad dan sistem ini dijalankan secara sulit.

PAKAIAN SERAGAM PENGAWAS PSS

  • Pengawas perpustakaan diwajibkan memakai tag nama masing-masing semasa didalam kawasan sekolah .
  • Pakaian seragam mestilah kemas dan tali leher mestilah diikat dengan betul dan kemas .
  • Tali leher mestilah dipakai semasa persatuan , semasa mesyuarat , semasa bertugas dan d ikawasan sekolah .
  • Sesiapa yang kehilangan tag nama dikehendaki melaporkan kepada pengerusi dan guru penasihat .
  • Vest perlu dipakai semasa bertugas dan perhimpunan rasmi.
  • Jika pakaian seragam tidak kemas, denda akan dikenakan.



KESALAHAN
DENDA
TIDAK MEMAKAI TALI LEHER
RM 1
TIDAK MEMBUTANGKAN VEST
RM 1
TIDAK MEMAKAI TEG NAMA
RM1
TIDAK MEMASUKKAN BAJU KEMEJA
RM 1
MELIPAT LENGAN BAJU DI LUAR KAWASAN KELAS
RM 1
TIDAK MEMBUTANGKAN LENGAN BAJU
RM 1

 MESYUARAT

  • Mesyuarat akan diadakan bila-bila masa jika perlu. Pengawas PSS diminta merujuk pada papan kenyataan di perpustakaan.
  • Semua pengawas PSS diwajibkan menghadiri mesyuarat.
  • Pengawas PSS yang tidak dapat menghadiri mesyuarat dikehendaki menulis sepucuk surat dan dihantar sebelum mesyuarat dengan memberi sebab yang munasabah .Surat tersebut mesti diserahkan kepada pengerusi sebelum mesyuarat itu diadakan.
  • Bagi pengawas PSS yang tidak hadir ke sekolah pada hari mesyuarat misalnya sakit, dikehendaki menghantar surat pada keesokannya.
  • Pengawas PSS tidak dibenarkan beredar dahulu selagi mesyuarat belum tamat kecuali mempunyai sebab yang munasabah.
  •  Pengawas PSS diwajibkan membawa buku nota mesyuarat pada setiap mesyuarat yang diadakan. Perkara yang telah dibincangkan harus dicatatkan.
  • Sesiapa yang tidak hadir ke mesyuarat dikehendaki bertanya apa yang dibincang semasa mesyuarat.

 KEISTIMEWAAN PENGAWAS PSS

 
  • Pengawas perpustakaan dibenarkan meminjam lebih buku semasa cuti sekolah,peperiksaan dan masa yang ditentukan oleh pihak jawatankuasa.
  • Semua pengawas perpustakaan dibenarkan meminjam majalah yang tiga bulan lamanya.Majalah yang belum tiga bulan tempohnya hanya boleh dibaca di dalam perpustakaan sahaja.
  • Kad pinjaman tidak perlu digantung lewat memulangkan buku.

YURAN PENGAWAS PSS


  • Setiap pengawas PSS dikehendaki membayar RM 2 setiap bulan dari bulan Januari sehingga bulan November setiap tahun.
  • Yuran dikehendaki dibayar kepada ketua bendahari atau penolong bendahari secara individu.
BERSARA DAN MELETAKKAN JAWATAN

  • Pengawas PSS yang telah dilantik perlu berkhidmat sehingga tamat tempoh perkhidmatan.
  • Pengawas PSS yang hendak meletak jawatn dikehendaki berjumpa dengan guru penasihat dengan sepucuk surat yang menerangkan sebab-sebabnya.
  • Seorang pengawas PSS boleh dilucutkan jawatannya jika:
  1. Ditangkap atas tuduhan mencuri barang-barang kepunyaan pusat sumber.
  2. Tidak menjalankan tugas lebih daripada tiga hari berturut-turut tanpa sebab yang munasabah.
  3. Melakukan perbuatan yang buruk dan masalah lain.
Read More...
VISI
Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

MISI
Menjadikan pusat sumber sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat.

MOTTO


Pusat Sumber Sekolah (PSS) ke arah Kecemerlangan Budaya Ilmu

PIAGAM

 

  • Memastikan setiap murid dapat peluang meminjam dan membuat rujukan di PSS dengan selesa dan sama rata.
  • Membina semangat kerja berpasukan dalam kalangan AJK dan pustakawan bagi melancarkan perjalanan urusan PSS.
  • Sentiasa memberi layanan yang mersa kepada setiap penggunaan tanpa mengira status.
  • Sedia menerima segala teguran dan cadangan untuk mempertingkatkan mutu pengurusan.

MATLAMAT
  • Mempertingkatkan mutu pendidikan.
  • Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru.
  • Membentuk pelajar yang berilmu , kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
  • Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer.

OBJEKTIF


  • Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
  • Menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan PSS.
  • Meningkatkan profesionalisme guru.
  • Mengumpul, menyimpan dan mengedarkan pelbagai jenis maklumat.
  • Melatih pelajar berdikari menerusi informasi yang boleh dikesan di PSS.
  • Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar.

FUNGSI


Sebagai tempat mengumpul, menghasil, mengorganisasi dan menyebar atau menggunakan maklumat.

PERANAN


Sebagai satu sistem yang menyokong ke arah matlamat pendidikan negara. Ia perlu bergerak dengan pelbagai bahan dan aktiviti ke arah memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran.
Read More...
Saturday, November 3, 2012

To Those Who Has Problem To Stay Focus In Class Like Me.....



credit: WikiHow &  
Read More...
Wednesday, October 31, 2012

BENEFITS OF READING:





Read More...